Tuesday, December 2, 2008
KERANA SI DIA.......
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih pada dia. Yang telah memberi aku semangat dan dorongan. Yang telah membangkitkan aku dari kegelapan. Wanita yang baru kutemui semasa tingkatan 3. Dari situ sudah mula tumbuh perasaan padanya. Waktu itu aku amat segan dan malu untuk bertemu dia. Selepas aku mengambil peperiksaan PMR, aku rasa aku hendak mula serious dengan dia. Tapi aku sangat-sangat malu padanya. Walaupun aku tidak mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi aku tetap bersyukur. Aku mahu meluahkan perasaan ini, tapi ia begitu sukar untuk diluahkan. Masa tidak menungguku begitu juga dengan dia. Bila kutemu dia mulut ini terlalu bisu untuk bersuara. Mungkin aku tidak mempunyai semangat. Tapi bila aku sudah mempunyai semangat itu, aku lihat dia telah berubah hati. Sudah jadi milik orang. Aku mula suka pada dia bukan kerana wajahnya tetapi jiwanya. Dari matanya aku boleh nampak masa depanku. aku ingin bersamanya. Aku cintakannya, malah aku sangat sayang padanya. Dialah yang menjadi semangatku. Dialah yang menjadi jantungku. Perasaanku tidak pernah hilang terhadap dia. Jika dia yang membaca, jadi inilah perasaanku selama ini. Untuk bersamamu aku malu.
Subscribe to:
Posts (Atom)